D’BILUT : DESTINASI PERCUTIAN BUAT ANAK ANAK BELAJAR TENTANG HAIWAN DAN JAMINAN KESERONOKKAN BERMAIN TAMAN AIR
🦌🐍 🐣🦄🐝🦕🦖
Biasa pagi Sabtu dan Ahad ke mana korang semua pergi untuk menghabiskan masa bersama anak-anak? Takkan asyik pergi ride sorang sorang. Takkan tak mau bawa keluarga bersama?
Dah jadi trend warga kota akan mencari di tempat-tempat menarik di pagi Ahad kan? Ada yang mencari nasi lemak, kuih-kuih kampung, ada juga yang ke tempat yang boleh lepak-lepak sambil bawa anak-anak menikmati suasana rimba atau kampung.
Jom kita ke D’Bulit Agro Farm!
Dekat sini terdapat Taman Haiwan di dalam D’Bilut untuk korang semua dan keluarga bermain dengan haiwan-haiwan dalam peliharaan di sana. Jangan risau, haiwan-haiwan peliharaan di sana sangat jinak! Terdapat taman burung, taman arnab, taman burung unta, taman kucing, taman kelulut dan taman rusa.
Tak lupa juga, D’Bilut ini mempunyai kolam renang untuk kanak-kanak bermain. Bukan kolam renang biasa-biasa, tapi kolam renang yang ada gelongsor dan permainan air. Pasti happy anak-anak. Boleh lihat senyuman di wajah mereka nanti.
Sarapan ada, taman haiwan ada dan kolam renang ada. Apa lagi tunggu? Tak jauh pun, hanya 70km dari ibu kota. Lepas solat Subuh, boleh terus ke D’Bilut untuk bersarapan.
Tenangkan jiwa anda dan keluarga dengan suasana kampung, rimba dan dusun ini. Sambil ditemani haiwan-haiwan jinak peliharaan kami!
Waze : D’Bilut Agrofarm & Retreat



